Sunday, January 21, 2018

2018

"So i'll start revolution from my bed" - oasis / don't look back in anger


Dulu tahun 2009 sampai tahun 2017 aku tak pernah nak ada azam tahun baru. selalunya azam aku untuk tidak ada azam. Semua ini berubah pada tahun 2018 entah kenapa dan mengapa secara spontan aku macam set dalam kepala "OK tahun 2018 ni aku nak sekian dan sekian sekian"


Aku rasa dewasa dah semakin menghampiri aku dan menjengah di pintu kehidupan seorang Aqeel.Sebagai seorang yang masih amatur dalam perihal azam ni sengaja aku set azam aku rendah dan senang dicapai supaya aku boleh tenang dan berbahagia bila aku cross azam aku satu satu nanti.

Jadinya setakat ni aku baru cross satu azam aku. dan ada lagi 5 yang menanti. seronok juga ada azam ni sebenarnya. seronok sebab terasa la hidup ni maju selangkah dan kau mula jadi versi kau yang lebih baik. 





Saturday, January 6, 2018

Kemana perginya semua?

"Kemana perginya mindaku,kemana perginya tubuhku" - Lukarts / ilusi visualis



Aku termangu dalam bilik yang sengaja digelapkan secara total dan berbekalkan lagu dari band oasis,lukarts serta red hot chili peppers. sengaja lagu ini dipilih untuk mendapatkan tune yang sesuai dengan jiwa yang semakin rasa kosong


Adakah ini punca dari aku yang kena tinggal dengan perempuan yang selesa memilih seorang engineer dari seorang tukang masak kerdil seperti aku? tapi kenapa selepas 2 tahun? ah persetankan.

Adakah ini punca dari aku sendiri yang semakin abaikan diri tidak menghargai segala yang ada pada diri dan curahkan semuanya dekat insan yang bebal dirasuk duniawi?

Sentap aku dimakan amukan diri sendiri.