Sunday, October 19, 2014

Hujan

Aku mengelamun lalu tersentak dengan bunyi guruh dan kilat yang secara tiba tiba sabung menyabung.

Cepat cepat aku tutup tingkap bilik dan matikan segala suis yang terdapat di dalam bilik. lalu mati lah dunia siber aku.

Sedang awan mula mencurahkan rahmat Illahi aku mencari selimut kegemaran takut sejuk menggigil pula memandangkan rumah kayu ini bila hujan sejuknya bukan kepalang.

Hujan  makin tidak kenal erti berhenti terus menerus membasahi bumi Tuhan, sementelah aku menggagau apa yang ingin dibuat tanpa dunia siber yang selalu aku kunjungi untuk melihat gelagat manusia bersembunyi di sebalik papan kekunci.

Selimut gebu aku nyata membantu aku mengekalkan suhu badan yang ideal ketika hujan lebat selebatnya.Malang sekali mata enggan berkolaborasi dengan benak yang mendamba tidur yang  nyenyak..

Lalu aku terfikir setiap kali hujan mesti fikiran aku terus ke Tuhan,ini kerana hujan adalah air dan air adalah punca kehidupan, maha kuasa Tuhan mampu menurunkan punca kehidupan sewenang wenangnya tidak kira waktu.

Hujan bukanlah sesuatu yang asing tapi cukup menyedarkan manusia seperti aku siapa yang berkuasa di bumi ciptaanNya


P/s : musim hujan ni jangan main hujan selalu. Hujan sekarang tidak macam hujan dulu.

Wednesday, October 8, 2014

wanderlust

aku melihat di pohon tidak berdaun sekumpulan burung hinggap di ranting ranting yang kian uzur... lalu aku terfikir.. kenapa aku ini seperti burung di atas ranting ??

aku mampu terbang bebas ke mana mana, tapi aku tetap di sini. seperti burung di aras ranting yang kian uzur.