Tuesday, March 27, 2018

Ini manusia punya sembang

WHOOOOOOOOOOOOOOOO ARE YOU ? WHO? WHO? WHO? - The Who 



Nikmat jadi manusia ni adalah bila kau dapat alami pelbagai perasaan yang melanda diri kau,baik atau buruk terserah tapi yang raja di sini adalah bila kau dapat pegang rasa tu dan rasa serasa rasanya.

Bagi aku untuk kita sebagai manusia yang ada pelbagai emosi dan kelakuan yang dipaksikan atas moral diri ni adalah suatu nikmat.Dengan akal yang sedia diberi Tuhan dan diri kau yang menganalisa segala jenis emosi yang menjengah. aku termangu dan kagum akan kelebihan kita sebagai manusia.

Jadi aku sebagai seorang yang giat mengkaji segala rasa,emosi dan impaknya terhadap perilaku sendiri.Aku terus termangu di dalam bilik dengan secangkir kopi yang kian suam.Kenapa aku ada kecenderungan untuk merosakkan diri dengan mengkaji benda yang tiada algoritma,tiada formula dan tiada kawalan untuk apa yang bakal dirasai oleh aku?

Sepatutnya aku hiraukan dari mana datangnya emosi itu dan terus rasa serasa rasanya.Yang patut aku hiraukan cuma bagaimana untuk lahirkan reaksi terhadap emosi yang menjengah dan mantapkan kawalan diri aku untuk tidak melampau dalam menzahirkan reaksi yang sudah dipengaruhi oleh emosi itu tadi.

Tangan yang tadi ligat bermain phone terus menyinggah dahi berserta keluh yang agak pekat.Ahhhhhhhh semakin kucar kacir aku dimomokkan dengan diri sendiri bila terfikir pada setiap reaksi aku yang kadang pernah melampau dalam melahirkan reaksi atas alasan emosi yang dirasa.

Tapi dari pandangan yang kurang jelek aku terkadang bersyukur atas kekhilafan diri bila terlebih memberi reaksi terhadap apa yang dirasa.Sebab aku yakin segala reaksi yang terlepas dari siasatan dan analisa aku,itu lah reaksi aku yang paling jujur dan pada ketika reaksi itu berlangsung, aku akui yang itu sebenarnya diri aku yang tiada penghadang atau kekangan. itu lah aku yang paling aku.

Aku patut mula kaji kelakuan aku yang sedemikian untuk lebih mengenali intipati aku sendiri.






Sunday, January 21, 2018

2018

"So i'll start revolution from my bed" - oasis / don't look back in anger


Dulu tahun 2009 sampai tahun 2017 aku tak pernah nak ada azam tahun baru. selalunya azam aku untuk tidak ada azam. Semua ini berubah pada tahun 2018 entah kenapa dan mengapa secara spontan aku macam set dalam kepala "OK tahun 2018 ni aku nak sekian dan sekian sekian"


Aku rasa dewasa dah semakin menghampiri aku dan menjengah di pintu kehidupan seorang Aqeel.Sebagai seorang yang masih amatur dalam perihal azam ni sengaja aku set azam aku rendah dan senang dicapai supaya aku boleh tenang dan berbahagia bila aku cross azam aku satu satu nanti.

Jadinya setakat ni aku baru cross satu azam aku. dan ada lagi 5 yang menanti. seronok juga ada azam ni sebenarnya. seronok sebab terasa la hidup ni maju selangkah dan kau mula jadi versi kau yang lebih baik. 





Saturday, January 6, 2018

Kemana perginya semua?

"Kemana perginya mindaku,kemana perginya tubuhku" - Lukarts / ilusi visualis



Aku termangu dalam bilik yang sengaja digelapkan secara total dan berbekalkan lagu dari band oasis,lukarts serta red hot chili peppers. sengaja lagu ini dipilih untuk mendapatkan tune yang sesuai dengan jiwa yang semakin rasa kosong


Adakah ini punca dari aku yang kena tinggal dengan perempuan yang selesa memilih seorang engineer dari seorang tukang masak kerdil seperti aku? tapi kenapa selepas 2 tahun? ah persetankan.

Adakah ini punca dari aku sendiri yang semakin abaikan diri tidak menghargai segala yang ada pada diri dan curahkan semuanya dekat insan yang bebal dirasuk duniawi?

Sentap aku dimakan amukan diri sendiri.